Thursday, 27 March 2014

CERPEN : Allah tetap cinta ! #2

# DUA

Suasana masjid al-Huda persis seperti dulu. Tenang. Pokok tamar yang tak berbuah di tepi masjid itu masih berdiri tegak, cuma kelihatannya agak tinggi sedikit. Aku dan Fatimah duduk dianjung masjid. Hanya berdua. Sedangkan keluarga Fatimah dan para tetamu yang turut hadir ke masjid sedang menikmati jamuan kecil-kecilan yang disediakan. Tidak enak pula aku pada keluarga Fatimah, pengantin perempuan ada bersamaku disaat penting ini.

Kepala Fatimah disandarkan ke bahu aku. Wangian lavendar Fatimah yang sederhana menusuk hidung. Wangi!

 Pada wajah dan perbuatannya, nampak benar dia rindu pada aku. Tapi. Benarkah?

" Nur .. ingat tak kau pernah cakap, apa pun yang jadi pada kita, Allah tu tetap cinta kat kita. Walau buruk mana pun kita. Ingat tak? "

" Emm.. dah lupa lah. Lama sangat dah. "

" Sampai hati kau Nur ? 5 tahun, aku cari kekuatan dari kata-kata kau tu. " Kepalanya diangkat. Dia memandang aku tajam. Lalu selepas beberapa saat, kepalanya diletakkan ke bahu aku semula.

Aku terdengar sedu Fatimah. Kenapa dia menangis? Aku yang agak kaku dengan situasi ini, bingung. 5 tahun tidak berjumpanya, membuatkan aku agak segan bila berhadapan dengan Fatimah.

Belakang badan Fatimah aku usap, agar dia sedikit tenang.

" Assalamualaikum . " 

Suara salam dari seorang lelaki membuatkan aku berpaling ke belakang. Fatimah mengalihkan kepalanya dari bahuku. Mungkin dia turut terkejut. Kami menjawab salam serentak.

" Oh. Nak ambik Fatimah ke? " Memandangkan empunya suara yang memberi salam tadi tidak memberi respon apa apa, aku terus bersuara.
 
Spontan. Mataku melirik wajah Fatimah.

" Eh tak. Saja nak tegur. "

Aku hanya mengangguk tanda faham. Qayum terus duduk tidak jauh dari kami. Di sisinya, ada seorang lelaki bertubuh agak tinggi, bercermin mata dan berkopiah putih. Mungkin sahabat sekuliahnya.

Fatimah yang mula-mula rapat denganku, mengalihkan tempatnya ke sisi suaminya, Qayum. Ahh! Aku kini tersepit di tengah-tengah manusia yang disegani.

" Nur Dhuha , right? "

" Ya , saya. "

" Lama tak jumpa. Amsterdam kan ? "

" Ha. Iya."
Aku hanya reti mengangguk dan senyum.

 Tiba-tiba keramahan aku hilang begitu. Entah kenapa. Mungkin kerana sudah lama tidak bersua muka. Agaknya. Lelaki yang berada di sisi Qayum bersuara.

"  Ingat aku ? "

Jeda. Ingat? kenal pun tidak. Dahi berkerut, petanda mahu jawapan terus darinya.

Lelaki itu hanya tersengih.
Qayum yang ada disebelahnya sudah ketawa tidak berlagu. Aku semakin tidak faham.

Aku memandang Fatimah. Meminta jawapan darinya.

" Budak dakwah sekolah dulu lah,  Farzad. "

Aku terjeda. Mula mengingat.

" Oh. Patutlah. Baru ingat. Maklumlah, mana nak ingat sangat dengan budak BADAR. Aseef. " 

Farzad hanya mengangguk.

Segan aku makin menebal. Aku sedang berhadapan dengan budak budak dakwah, dalam satu bulatan !
Dibandingkan aku dan mereka? Allah.. seperti langit dan bumi!

Hendak memandang mereka berdua pun aku segan. Seolah olah ada tangan yang menolak kepala aku untuk asyik menunduk.

Qayum , Farzad. Siapa tidak kenal? antara ahli kumpulan yang suka pandang ke lantai ketika berjalan dan ada kelab peminat sendiri. Ditubuhkan oleh siapa aku tidak pasti.

Cuma bezanya mereka sekarang, agak banyak cakap, peramah. Lebih maturedlah katakan !
______________________

" Kamu Nur kan? "

" Ya makcik. Maaf tak jumpa makcik awal-awal tadi. " Aku senyum manis. Rasa bersalah pada ibu Fatimah, Mak Cik Aisyah.

" Itulah kamu.. berkepit saja dengan Fatimah. Ha, mak cik ni kamu tak rindu? " 

" hehe. Rindu sangat mak cik. "

" Kamu dah matang Nur. Makin manis , lembut.  bila nak berlangsung ? "

" Berlangsung? Ohh.. "

Argh! mak cik Aisyah dah mula guraunya!

" Apa nak berlangsungnya makcik? Ni ha.. saya jumpa mak ayah saya pun belum. "

Mata makcik Aisyah membulat.

" Maksudnya.. dari Airport terus ke sini? Allah. "

Aku mengangguk. Senyum.

" Tapi jangan risau la makcik. Saya dah bagitahu mak ayah saya. "

Makcik Aisyah mengangguk.

_________________________

*bersambung


































CERPEN : Allah tetap cinta ! #1


# SATU

" kak Dhuha ! "

Aku yang baru mahu melangkah, berhenti. Aku berpaling ke belakang. Mencari empunya suara itu. Gadis manis bertudung litup dan berlong-coat tergesa-gesa menuju ke arah aku. Aku jadi keliru. Siapa dia? Mungkin dia pelajar tahun bawah berdasarkan cara dia memanggil aku dengan bahasakan aku kakak. Aku hanya tersenyum. Dari jauh bibirnya juga sudah kelihatan tersenyum.

" Assalamualaikum kak. Maaf. Saya Munirah. Saya cuma nak bagi ni. " 

Tangannya yang dari tadi diselukkan ke dalam poket coat dikeluarkan. Ada sekeping kad yang dipegang. Lalu dihulurkan pada aku. Aku hanya mengangguk. Tapi aku masih tidak faham sebenarnya. Kad apakah itu?

_________________________________

 Abu Qayum & Fatimah Az zahra .

Aku baca berulangkali isi kad itu. Air jernih dari kelopak mata sudah pecah dari tadi. Aku menangis bukan kerana sedih. Tapi aku menangis gembira apabila aku mendapat sebuah khabar gembira daripada seorang manusia yang sudah lima tahun aku rindui. Fatimah.

Guraun Fatimah beberapa hari sebelum kami terpisah lima tahun lalu tiba-tiba terngiang-ngiang di telingaku.

" Hai Nur ! Termenung apa tu? teringat Qayum lah tu! Terbukti. Kau memang suka dia kan? Baik mengaku ! Hahaha. " Kasar Fatimah menepuk bahu aku. Aduh.

" Qayum? Ha. Memang! Sudahlah handsome, soleh, ada bakat seorang pemimpin pula tu. " Aku bernada manja. Sementara jari telunjuk aku dikuiskan di permukaan meja. Uissh, gedik!

" Hah? Serius kau Nur ? " Muka Fatimah tiba-tiba melahirkan mimik muka terkejut.

" Issh.... " Aku menggeleng. Bibirku senyum lebar, lawak dengan telatah sahabatku ini.

Tup! Aku ingat.

_________________________________

Sepanjang perjalanan aku pagi itu agak kelam-kabut. Setibanya aku di KLIA sudah jam 11.30 pagi. Ditambah pula dengan traffic jam? Ahh. Sabar aku.

Setiap lima minit aku lihat jam dipergelangan tangan. Aku takut tidak sempat!

Akhirnya, jam 12.30 aku sudah selamat sampai ke destinasi. Lari tak bernafas!

" Aku terima nikah Fatimah Az zahra ... "

Sayup-sayup kederangan kalimah keramat itu dilafazkan. Tenang dan teratur. Cemburunya aku Fatimah ! Aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam masjid. Segan. Cukuplah aku hanya memerhatikan dari belakang.

Dari jauh aku mencari sosok tubuh Fatimah. Dan. Aku dah jumpa! Cantiknya kau Fatimah!  Diri ini tak tertahan, rindu pada pelukan seorang sahabat. Tumpuanku tiada pada yang lain. Hanya Fatimah. Tak sabar aku mahu melihat wajahnya berhadapan. Bagaimana rupanya sekarang? 

Busananya nampak solehah. Apakah Abu Qayum yang membuatkan dia berubah begini? Allah. Bertuah kau, Fatimah.

Ternyata aku sudah termenung jauh. Ahli keluarga pengantin sudah mula riuh. Menandakan majilis akad nikah sudah berakhir.

" You're late Nur Dhuha . " 

Seseorang menegur. Aku dongak. Allah.

Wajah Fatimah sugul.

" Ha? I'm sorry dear. " Aku keliru. Marahkah dia? Automatik, ucapan maaf terlontar.

Bila aku sedar, aku sudah berada di pelukannya. Rindunya!

Kaku seketika.

" Aku busuk Fatimah. Aku tak mandi lagi. "

" Ha? serius? Kau dari mana? "

" Aku baru sampai kat airport tadi. Belum sempat balik lagi. "

" Ya Allah. By the way, bau busuk ini lah yang dah lama aku rindu. Haha. "

" Wake up, dear. Paparazi banyak. Buat free show pula kat sini. Memalukan! " Aku baru tersedar, banyak kamera yang menghala ke sini. Banyak juga mata yang memerhatikan.

"  Tak apa. Sekali-sekala. "

Ya. Aku sudah dapat semula tingkah sahabatku yang dulu. Persis. 

" Hensem kau Nur ! boleh aku pinjam long coat kau lepas ni. haha "

Fatimah menjongkitkan keningnya. Usik. 

" Boleh, tak ada masalah. " 

_________________________________









 




Wednesday, 26 March 2014

Kamu DAI'E jangan hanyut.

Nak join ***** ni bukan benda main-main! Ada apa-apa program, kita kena turun. Kau anak manja. Itu yang susah tu bila suruh turun. Ini dakwah. Bukan kerja main-main. "
Lebih kurang begitu bicaranya. Sinis. Sentap. Aku yang berbaring sebelahnya sudah tidak senang. Pedas ayatnya. Berapi ! Aku tidak sangka bicara itu keluar dari mulut seorang niqabis yang sarat dengan pentarbiyahan dan dakwah.

Aku balas. Tapi lembut. Harap dia tak terasa.


" Tak mengapa. Aku memang anak manja, dari dulu memang aku duduk bawah ketiak mak aku saja. Mak aku selalu cakap, kita selalu kencang nak dakwah orang di luar sana. Tetapi hakikatnya? kita sendiri hanyut, susah mahu ditarbiyah. Tak mengapalah. Aku tak join pun tak apa. Aku nak dakwah hati, kata-kata dan perbuatan aku dahulu. Then, baru dakwah aku menjadi. Bukan begitu? "
 Aku lantas membelakangi dia. Entah apa yang dia fikir. Mood aku hilang. Sudahlah, aku mahu tidur. Sudah larut malam.





Wahai.
Kamu aku kagumi.
Cemburunya aku.
Dari jauh memerhati gerak gerimu.
kamu berilmu tidak seperti aku.

*****

Hmmm. Aku lepaskan nafas panjang.
Kamu dai'e. Kamu lagi tahu.
Aku tertarik pada satu post di FB.



 'Sehebat mana pun antum, sebanyak mana pon ilmu antum tetapi jika tidak   disandarkan       akhlak pada diri antum, tiada orang nak dengar dan ikut.. Ramai hari ni orang yg mengabaikan akhlak.. Ayuh berubah, amalkan Akhlak Islamiyah.. Ingat! Zaman nabi ramai yg tertarik dengan Islam setelah melihat Akhlak Nabi Muhammad..
 Hadis Nabi SAW :
" Sesungguh aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak sekalian Alam.." '
 *****

Aku tahu kamu manusia. Kamu juga banyak kekhilafan dan kekurangan.
Tapi cuba kamu kejar apa yang kamu sampaikan. Iaitu tinggi akhlak kamu dari manusia awam seperti aku.

Sedih bila aku lihat kamu bila lancang mulutmu berbicara tentang ilmu tanpa kamu sedari bibit kata-katamu. Adapun aku sendiri jahil.
Aku tahu terguris hati orang sekeliling kamu. Tolong ubah. Aku juga terkadang sakit.
Hati kami tak kuat seperti kamu. Jadi, tolong. Tugas kamu bukan penghukum sebaliknya hanya membawa, penyambung risalah Rasulullah. Penghukum hanya berhak untuk Allah.


Tepuk dada tanya IMAN.
Tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya ISLAM akan tertengak di atas muka bumi.

Kamu.
Kamu.
Kamu.
Aku tabik !
Kamu, si pemberani.
Terima kasih. Tanpa kamu. Aku akan terus jahil.

Keep Smiling :) Itu juga SUNNAH .