Thursday, 27 March 2014

CERPEN : Allah tetap cinta ! #1


# SATU

" kak Dhuha ! "

Aku yang baru mahu melangkah, berhenti. Aku berpaling ke belakang. Mencari empunya suara itu. Gadis manis bertudung litup dan berlong-coat tergesa-gesa menuju ke arah aku. Aku jadi keliru. Siapa dia? Mungkin dia pelajar tahun bawah berdasarkan cara dia memanggil aku dengan bahasakan aku kakak. Aku hanya tersenyum. Dari jauh bibirnya juga sudah kelihatan tersenyum.

" Assalamualaikum kak. Maaf. Saya Munirah. Saya cuma nak bagi ni. " 

Tangannya yang dari tadi diselukkan ke dalam poket coat dikeluarkan. Ada sekeping kad yang dipegang. Lalu dihulurkan pada aku. Aku hanya mengangguk. Tapi aku masih tidak faham sebenarnya. Kad apakah itu?

_________________________________

 Abu Qayum & Fatimah Az zahra .

Aku baca berulangkali isi kad itu. Air jernih dari kelopak mata sudah pecah dari tadi. Aku menangis bukan kerana sedih. Tapi aku menangis gembira apabila aku mendapat sebuah khabar gembira daripada seorang manusia yang sudah lima tahun aku rindui. Fatimah.

Guraun Fatimah beberapa hari sebelum kami terpisah lima tahun lalu tiba-tiba terngiang-ngiang di telingaku.

" Hai Nur ! Termenung apa tu? teringat Qayum lah tu! Terbukti. Kau memang suka dia kan? Baik mengaku ! Hahaha. " Kasar Fatimah menepuk bahu aku. Aduh.

" Qayum? Ha. Memang! Sudahlah handsome, soleh, ada bakat seorang pemimpin pula tu. " Aku bernada manja. Sementara jari telunjuk aku dikuiskan di permukaan meja. Uissh, gedik!

" Hah? Serius kau Nur ? " Muka Fatimah tiba-tiba melahirkan mimik muka terkejut.

" Issh.... " Aku menggeleng. Bibirku senyum lebar, lawak dengan telatah sahabatku ini.

Tup! Aku ingat.

_________________________________

Sepanjang perjalanan aku pagi itu agak kelam-kabut. Setibanya aku di KLIA sudah jam 11.30 pagi. Ditambah pula dengan traffic jam? Ahh. Sabar aku.

Setiap lima minit aku lihat jam dipergelangan tangan. Aku takut tidak sempat!

Akhirnya, jam 12.30 aku sudah selamat sampai ke destinasi. Lari tak bernafas!

" Aku terima nikah Fatimah Az zahra ... "

Sayup-sayup kederangan kalimah keramat itu dilafazkan. Tenang dan teratur. Cemburunya aku Fatimah ! Aku memberanikan diri untuk masuk ke dalam masjid. Segan. Cukuplah aku hanya memerhatikan dari belakang.

Dari jauh aku mencari sosok tubuh Fatimah. Dan. Aku dah jumpa! Cantiknya kau Fatimah!  Diri ini tak tertahan, rindu pada pelukan seorang sahabat. Tumpuanku tiada pada yang lain. Hanya Fatimah. Tak sabar aku mahu melihat wajahnya berhadapan. Bagaimana rupanya sekarang? 

Busananya nampak solehah. Apakah Abu Qayum yang membuatkan dia berubah begini? Allah. Bertuah kau, Fatimah.

Ternyata aku sudah termenung jauh. Ahli keluarga pengantin sudah mula riuh. Menandakan majilis akad nikah sudah berakhir.

" You're late Nur Dhuha . " 

Seseorang menegur. Aku dongak. Allah.

Wajah Fatimah sugul.

" Ha? I'm sorry dear. " Aku keliru. Marahkah dia? Automatik, ucapan maaf terlontar.

Bila aku sedar, aku sudah berada di pelukannya. Rindunya!

Kaku seketika.

" Aku busuk Fatimah. Aku tak mandi lagi. "

" Ha? serius? Kau dari mana? "

" Aku baru sampai kat airport tadi. Belum sempat balik lagi. "

" Ya Allah. By the way, bau busuk ini lah yang dah lama aku rindu. Haha. "

" Wake up, dear. Paparazi banyak. Buat free show pula kat sini. Memalukan! " Aku baru tersedar, banyak kamera yang menghala ke sini. Banyak juga mata yang memerhatikan.

"  Tak apa. Sekali-sekala. "

Ya. Aku sudah dapat semula tingkah sahabatku yang dulu. Persis. 

" Hensem kau Nur ! boleh aku pinjam long coat kau lepas ni. haha "

Fatimah menjongkitkan keningnya. Usik. 

" Boleh, tak ada masalah. " 

_________________________________









 




No comments:

Post a Comment