# DUA
Suasana masjid al-Huda persis seperti dulu. Tenang. Pokok tamar yang tak berbuah di tepi masjid itu masih berdiri tegak, cuma kelihatannya agak tinggi sedikit. Aku dan Fatimah duduk dianjung masjid. Hanya berdua. Sedangkan keluarga Fatimah dan para tetamu yang turut hadir ke masjid sedang menikmati jamuan kecil-kecilan yang disediakan. Tidak enak pula aku pada keluarga Fatimah, pengantin perempuan ada bersamaku disaat penting ini.
Kepala Fatimah disandarkan ke bahu aku. Wangian lavendar Fatimah yang sederhana menusuk hidung. Wangi!
Pada wajah dan perbuatannya, nampak benar dia rindu pada aku. Tapi. Benarkah?
" Nur .. ingat tak kau pernah cakap, apa pun yang jadi pada kita, Allah tu tetap cinta kat kita. Walau buruk mana pun kita. Ingat tak? "
" Emm.. dah lupa lah. Lama sangat dah. "
" Sampai hati kau Nur ? 5 tahun, aku cari kekuatan dari kata-kata kau tu. " Kepalanya diangkat. Dia memandang aku tajam. Lalu selepas beberapa saat, kepalanya diletakkan ke bahu aku semula.
Aku terdengar sedu Fatimah. Kenapa dia menangis? Aku yang agak kaku dengan situasi ini, bingung. 5 tahun tidak berjumpanya, membuatkan aku agak segan bila berhadapan dengan Fatimah.
Belakang badan Fatimah aku usap, agar dia sedikit tenang.
" Assalamualaikum . "
Suara salam dari seorang lelaki membuatkan aku berpaling ke belakang. Fatimah mengalihkan kepalanya dari bahuku. Mungkin dia turut terkejut. Kami menjawab salam serentak.
" Oh. Nak ambik Fatimah ke? " Memandangkan empunya suara yang memberi salam tadi tidak memberi respon apa apa, aku terus bersuara.
Spontan. Mataku melirik wajah Fatimah.
" Eh tak. Saja nak tegur. "
Aku hanya mengangguk tanda faham. Qayum terus duduk tidak jauh dari kami. Di sisinya, ada seorang lelaki bertubuh agak tinggi, bercermin mata dan berkopiah putih. Mungkin sahabat sekuliahnya.
Fatimah yang mula-mula rapat denganku, mengalihkan tempatnya ke sisi suaminya, Qayum. Ahh! Aku kini tersepit di tengah-tengah manusia yang disegani.
" Nur Dhuha , right? "
" Ya , saya. "
" Lama tak jumpa. Amsterdam kan ? "
" Ha. Iya."
Aku hanya reti mengangguk dan senyum.
Tiba-tiba keramahan aku hilang begitu. Entah kenapa. Mungkin kerana sudah lama tidak bersua muka. Agaknya. Lelaki yang berada di sisi Qayum bersuara.
" Ingat aku ? "
Jeda. Ingat? kenal pun tidak. Dahi berkerut, petanda mahu jawapan terus darinya.
Lelaki itu hanya tersengih.
Qayum yang ada disebelahnya sudah ketawa tidak berlagu. Aku semakin tidak faham.
Aku memandang Fatimah. Meminta jawapan darinya.
" Budak dakwah sekolah dulu lah, Farzad. "
Aku terjeda. Mula mengingat.
" Oh. Patutlah. Baru ingat. Maklumlah, mana nak ingat sangat dengan budak BADAR. Aseef. "
Farzad hanya mengangguk.
Segan aku makin menebal. Aku sedang berhadapan dengan budak budak dakwah, dalam satu bulatan !
Dibandingkan aku dan mereka? Allah.. seperti langit dan bumi!
Hendak memandang mereka berdua pun aku segan. Seolah olah ada tangan yang menolak kepala aku untuk asyik menunduk.
Qayum , Farzad. Siapa tidak kenal? antara ahli kumpulan yang suka pandang ke lantai ketika berjalan dan ada kelab peminat sendiri. Ditubuhkan oleh siapa aku tidak pasti.
Cuma bezanya mereka sekarang, agak banyak cakap, peramah. Lebih maturedlah katakan !
______________________
" Kamu Nur kan? "
" Ya makcik. Maaf tak jumpa makcik awal-awal tadi. " Aku senyum manis. Rasa bersalah pada ibu Fatimah, Mak Cik Aisyah.
" Itulah kamu.. berkepit saja dengan Fatimah. Ha, mak cik ni kamu tak rindu? "
" hehe. Rindu sangat mak cik. "
" Kamu dah matang Nur. Makin manis , lembut. bila nak berlangsung ? "
" Berlangsung? Ohh.. "
Argh! mak cik Aisyah dah mula guraunya!
" Apa nak berlangsungnya makcik? Ni ha.. saya jumpa mak ayah saya pun belum. "
Mata makcik Aisyah membulat.
" Maksudnya.. dari Airport terus ke sini? Allah. "
Aku mengangguk. Senyum.
" Tapi jangan risau la makcik. Saya dah bagitahu mak ayah saya. "
Makcik Aisyah mengangguk.
_________________________
*bersambung
No comments:
Post a Comment