Nak join ***** ni bukan benda main-main! Ada apa-apa program, kita kena turun. Kau anak manja. Itu yang susah tu bila suruh turun. Ini dakwah. Bukan kerja main-main. "Lebih kurang begitu bicaranya. Sinis. Sentap. Aku yang berbaring sebelahnya sudah tidak senang. Pedas ayatnya. Berapi ! Aku tidak sangka bicara itu keluar dari mulut seorang niqabis yang sarat dengan pentarbiyahan dan dakwah.
Aku balas. Tapi lembut. Harap dia tak terasa.
" Tak mengapa. Aku memang anak manja, dari dulu memang aku duduk bawah ketiak mak aku saja. Mak aku selalu cakap, kita selalu kencang nak dakwah orang di luar sana. Tetapi hakikatnya? kita sendiri hanyut, susah mahu ditarbiyah. Tak mengapalah. Aku tak join pun tak apa. Aku nak dakwah hati, kata-kata dan perbuatan aku dahulu. Then, baru dakwah aku menjadi. Bukan begitu? "Aku lantas membelakangi dia. Entah apa yang dia fikir. Mood aku hilang. Sudahlah, aku mahu tidur. Sudah larut malam.
Wahai.
Kamu aku kagumi.
Cemburunya aku.
Dari jauh memerhati gerak gerimu.
kamu berilmu tidak seperti aku.
*****
Hmmm. Aku lepaskan nafas panjang.
Kamu dai'e. Kamu lagi tahu.
Aku tertarik pada satu post di FB.
'Sehebat mana pun antum, sebanyak mana pon ilmu antum tetapi jika tidak disandarkan akhlak pada diri antum, tiada orang nak dengar dan ikut.. Ramai hari ni orang yg mengabaikan akhlak.. Ayuh berubah, amalkan Akhlak Islamiyah.. Ingat! Zaman nabi ramai yg tertarik dengan Islam setelah melihat Akhlak Nabi Muhammad..
Hadis Nabi SAW :
" Sesungguh aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak sekalian Alam.." '*****
Aku tahu kamu manusia. Kamu juga banyak kekhilafan dan kekurangan.
Tapi cuba kamu kejar apa yang kamu sampaikan. Iaitu tinggi akhlak kamu dari manusia awam seperti aku.
Sedih bila aku lihat kamu bila lancang mulutmu berbicara tentang ilmu tanpa kamu sedari bibit kata-katamu. Adapun aku sendiri jahil.
Aku tahu terguris hati orang sekeliling kamu. Tolong ubah. Aku juga terkadang sakit.
Hati kami tak kuat seperti kamu. Jadi, tolong. Tugas kamu bukan penghukum sebaliknya hanya membawa, penyambung risalah Rasulullah. Penghukum hanya berhak untuk Allah.
Tepuk dada tanya IMAN.
Tegakkan ISLAM dalam diri kamu nescaya ISLAM akan tertengak di atas muka bumi.
Kamu.
Kamu.
Kamu.
Aku tabik !
Kamu, si pemberani.
Terima kasih. Tanpa kamu. Aku akan terus jahil.
Keep Smiling :) Itu juga SUNNAH .

No comments:
Post a Comment